PENGENALAN
Keselamatan merupakan aspek atau elemen yang teramat penting dan perlu dititikberatkan dan dipraktikkan dalam semua hal (kehidupan). Semua pihak perlu sentiasa mengamalkan langkah langkah keselamatan semasa bekerja terutama ketika mengendalikan peralatan seperti mesin atau peralatan pertukangan umumnya. Kemalangan di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu:
I. kecuaian manusia
II. peralatan dan mesin
III. persekitaran tempat kerja yang tidak selamat
PERATURAN-PERATURAN AM KESELAMATAN
1. Sebelum masuk ke dalam bengkel, pastikan mendapat kebenaran dari tenaga pengajar supaya beliau dapat menantau setiap pengerakkan pengguna bengkel.
2. Etika pemakaian hendaklah bersesuaian dengan situasi kerja dan kekemasan diri adalah diutamakan.
3. Pastikan lantai tempat kerja sentiasa bersih daripada minyak, air atau gris kerana semua bahan ini boleh menyebabkan pengguna tergelincir semasa bekerja.
4. Dilarang sesama sekali bermain atau bergurau semasa berada di dalam bengkel.
5. Buka semua pintu keluar/masuk dan pastikan pengudaraan di dalam bengkel sentiasa baik.
6. Pastikan peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik agar tidak mendatangkan bahaya sewaktu menggunakannya.
7. Dapatkan kebenaran dari tenaga pengajar sebelum menggunakan atau menghidupkan sesuatu peralatan atau mesin.
8. Jangan menggunakan peralatan atau mesin sekirannya tidak mengetahui cara penggunaannya.
9. Jangan buang atau tutup papan tanda amaran yang terdapat pada mesin.
10. Gunakan alatan yang betul untuk melakukan sesuatu tugas dan jangan cuba membaiki tanpa pengetahuan yang secukupnya jika peralatan tersebut rosak.
11. Asingkan peralatan yang baik dan rosak dan laporkan kepada tenaga pengajar atau orang yang bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment