Wednesday, 3 August 2011

01.02 PEMAKAIAN DI BENGKEL

01.02 PEMAKAIAN DI BENGKEL
Di dalam melakukan kerja-kerja di bengkel, cara pemakaian adalah penting kerana ia dapat melindungi naggota badan dari mengalami kecederaan. Setiap pemakaian hendaklah bersesuaian dengan aktiviti atau kerja yang dilakukan.

CIRI-CIRI PAKAIAN KESELAMATAN UNTUK SESUATU KERJA

Kerja-kerja yang menngunakan power tools
  1. Penggunaan kasut dan sarung tangan dari penebat arus elektrik seperti getah dan sebagainya.
  2. Penggunaan goggle untuk kerja penggerudian.

Kerja-kerja kimpalan gas
  1. Penggunaan kasut keselamatan
  2. Penggunaan goggle
  3. Penggunaan apron dan sarung tangan (hand glove) jenis kulit
  4. Penggunaan baju lengan panjang

Kerja-kerja kimplan arka (arc welding)
  1. Penggunaan kasut keselamatan
  2. Penggunaan shield
  3. Penggunaan apron dan sarung tangan (hand glove) jenis kulit
  4. Penggunaan baju lengan panjang

Kerja-kerja menggegas asas
  1. Goggle (jika mesin gerudi diperlukan)
  2. Kasut keselamatan
  3. Apron dan berpakaian kemas

Kerja-kerja penyejukan
  1. Penggunaan kasut keselamatan dan goggle (jika kendalikan refrigerant)
  2. Penggunaan apron dan sarung tangan (hand glove)
  3. Penggunaan baju lengan panjang dan berpakaian kemas
  4. Tali pinggang keselamatan (jika membuat pemasangan di tempat tinggi)

SUSUN ATUR PERALATAN BENGKEL
Penyusunan peralatan yang sempurna adalah amat penting bukan saja dari segi kekemasan tetapi ia boleh melindungi peralatan itu dari kerosakan. Jika peralatan dibiarkan bersepah merata-rata, ia akan mengganggu kelancaran pergerakkan dan menyukarkan pekerja mencari sesuatu peralatan bagu melakukan pekerjaan. Peralatan yang rosak juga hendaklah disusun dengan kemas tetapi diruang yang berlainan supaya kerja pembaikkan dalam dilakukan dan pekerja tidak tersalah ambil peralatan yang rosak. Berikut adalah contoh susunan peralatan yang kemas:

                                          Susunan peralatan pertukangan dan kerja kimpalan


Tuesday, 2 August 2011

01.01 KESELAMATAN DI BENGKEL


PENGENALAN
Keselamatan merupakan aspek atau elemen yang teramat penting dan perlu dititikberatkan dan dipraktikkan dalam semua hal (kehidupan). Semua pihak perlu sentiasa mengamalkan langkah langkah keselamatan semasa bekerja terutama ketika mengendalikan peralatan seperti mesin atau peralatan pertukangan umumnya. Kemalangan di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu:
                                      I.        kecuaian manusia
                                    II.        peralatan dan mesin
                                   III.        persekitaran tempat kerja yang tidak selamat

PERATURAN-PERATURAN AM KESELAMATAN
1.    Sebelum masuk ke dalam bengkel, pastikan mendapat kebenaran dari tenaga pengajar supaya beliau dapat menantau setiap pengerakkan pengguna bengkel.
2.    Etika pemakaian hendaklah bersesuaian dengan situasi kerja dan kekemasan diri adalah diutamakan.
3.    Pastikan lantai tempat kerja sentiasa bersih daripada minyak, air atau gris kerana semua bahan ini boleh menyebabkan pengguna tergelincir semasa bekerja.
4.    Dilarang sesama sekali bermain atau bergurau semasa berada di dalam bengkel.
5.    Buka semua pintu keluar/masuk dan pastikan pengudaraan di dalam bengkel sentiasa baik.
6.    Pastikan peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik agar tidak mendatangkan bahaya sewaktu menggunakannya.
7.    Dapatkan kebenaran dari tenaga pengajar sebelum menggunakan atau menghidupkan sesuatu peralatan atau mesin.
8.    Jangan menggunakan peralatan atau mesin sekirannya tidak mengetahui cara penggunaannya.
9.    Jangan buang atau tutup papan tanda amaran yang terdapat pada mesin.
10.  Gunakan alatan yang betul untuk melakukan sesuatu tugas dan jangan cuba membaiki tanpa pengetahuan yang secukupnya jika peralatan tersebut rosak.
11.  Asingkan peralatan yang baik dan rosak dan laporkan kepada tenaga pengajar atau orang yang bertanggungjawab.